Friday, April 1, 2011

sharing untuk adikku..

adik..
perjalanan hidup ini tidak lah selalunya mudah untuk kita...
dalam umur2 adik sekarang ni..semua saya sudah lalui..
mungkin adik boleh cakap..
"ko senangla..semua ok..tiada masalah..lainla hidup saya..semua orang tidak suka..!"

adik..
semua orang ada masalah..tiada org yang akan terkecuali..
saya lagi lah..dalam hidup siapa cakap tiada masalah..masalah akan sentiasa ada..tapi jangan kita lari dari masalah atau bagi alasan macam-macam..
kita lemah la..
orang lain lebih senangla..
kita lainlah..

jangan pernah anggap orang lain punya kehidupan yang lebih baik..
kenapa? tidak bersyukurkah dengan apa yang adik ada sekarang?
family adik ok kan..study adik ok kan..kawan-kawan adik baik2 kan..

adik..selalunya masalah yang datang dalam hidup kita bukanlah masalah yang orang lain create sendiri..bukan orang lain yang timbulkan..

kalau adik selalu rasa tidak puas hati..cuba adik fikir..
rasa-rasanya adik ja yang fikir macam tu..
adik la yang menimbulkan konflik tu sendiri..dalam diri adik..

satu hal yang adik mau tau..masa-masa sekarang ni la..banyak konflik akan timbul dalam diri adik..kenapa? sebap adik makin dewasa..makin banyak berfikir..mula punya pendapat masing-masing..sebap itulah..kadang-kadang ada ja percanggahan pendapat dengan orang lain..tapi adik..jangan cepat melenting..saya tau, adik marah kan..tidak puas hati..
tapi kalau adik marah, masalah tidak akan selesai..
cuba adik ambil positif, fikir positif, ambil masa bertenang. bila tenang fikiran akan lebih terkawal, adik boleh berfikir dengan lebih rasional.

jangan cepat marah kalau ditegur. tarik nafas. then, cuba fikir betul-betul. kenapa ditegur macam tu? memang salah saya ka? kalau ya, apa yang adik perlu ubah. kalau tidak salah, datang dengan orang tu dan cakap baik-baik. jangan teriak-teriak. itu bukan cara berkomunikasi yang baik. kalau mau selesai masalah, komunikasi yang baik sangat penting. dan paling penting...SABAR.

adik..kenapa selalu marah orang kalau ada yang suka menyibuk pasal hidup adik. especially mom or sista..or dady or brother, or relatives?
diorang tu bukan jaga tepi kain. cuma mau ambil berat. adik jangan lah marah. sebap nanti kalau diorang tidak buat macamtu, ada masa nanti adik pula rasa kurang kasih sayang la, semua orang tidak bagi perhatian la..

adik jangan rasa diri adik tu selalu betul, jangan rasa adik sudah besar. lebih-lebih lagi kalau orang yang lebih dewasa tegur adik. ingatlah. dorang juga sudah rasa apa yang adik lalui. diorang lagi dulu makan garam. janganla cepat marah dorang.
and lagi satu, biarlah bersikap terbuka and cepat memaafkan.
kadang-kadang orang yang lebih tua dari adik, tidak mustahil melakukan kesalahan. macam adik juga. nobody is perfect. tapi jangan lah pula dijadikan itu sebagai alasan kalau adik ada buat silap.

adik, jangan rasa hidup ini susah. this is your moment. enjoy being a person. as you grow up, you'll understand more..sekarang jagan lah rasa terlalu frust kalau rasa hidup ni tidak make sense.
bergembirala. tapi, ingat la siapa adik.
jangan takut berubah. tapi berubah la untuk menjadi yang lebih baik. sebap selalunya kita tahu apa yang baik tapi kita selalu tidak buat. jangan sebap mau ikut kawan adik berubah sikap. jangan sebap mau ada geng, adik sanggup buang kawan lain, or berubah kepada yang tidak baik.

adik, tidak rugi kalau kita mahu berubah menjadi lebih baik.
kalau mau jadi jahat @nakal pun..cuba adik fikir..apa yang kebaikan adik dapat.
cuba adik list. mana lebih banyak. ingat dik, keseronokan itu cuma sementara. jangan samapi adik menyesal.
adik..sebenarnya..ada baaanyak perkara menarik dalam hidup kita ni. sayang saya tidak dapat share adik face to face. perkara menarik inilah yang adik patut rasa. rugi tau! jadi jangan sia-siakan masa muda adik.

adik, baanyak saya mau share. tapi nanti la. kalau kita ada masa. kita jumpa lagi. nanti kita cerita2. apa yang saya harap, adik jalanilah hidup adik dengan hati dan minda yang terbuka. hadapilah hidup ini dengan tabah dan kuatkanlah hati adik. jangan pernah rasa putus asa. dan jangan pernah rasa tiada orang yang sayang adik. ada ramai orang sayang adik. cuma adik ja yang tidak tau. Tuhan pun sayang adik.

pesan saya, adik..baik-baik di sana. saya pasti adik akan melalui juga semua ni dalam hidup. ini salah satu proses dalam kehidupan adik. masa kita mungkin berbeza. pengalaman kita mungkin berbeza. tapi hidup kita ini punya matlamat yang sama. at the end of the day, kita semua akan sama-sama juga.
saya tidak dapat share dengan adik bagaimana untuk hidup. sebap adik akan pandai sendiri. perlu judgement yang bijak dari adik. its up to you adik. your life. ingatlah selalu..there are more in life. jangan lagi stress2 k..:)

love you sis,
rosa

No comments: